Assalamualaikum
Alhamdulillah.. masuk ke hari yang 120 post-opt. Terasa lega.. legaaaa..
Bukan senang nak senang.. yaa.. selepas operation, memang kena jaga makan. Kena pilih menu yang betul-betul perlu untuk tenaga,bukan ikut selera.
Seminggu ni.. aku dah jadi consultant tak bergaji.. dengan menjawab soalan-soalan dari pembaca blog aku ni..yang teringin nak buat bariatrik.
Ada yang memang betul-betul berat, ada yang berat dan berpenyakit, ada yang berat gitu-gitu aje tapi sihat, ada yang tak berat sangat tapi ada penyakit dan macam-macam. Aku sekadar menjawab soalan dan bagi pendapat. Tak semua kes, hospital kerajaan nak layan. Lebih-lebih lagi kes yang perasan berat tapi tak berat mana.
Kalau korang ada duit, mampu.. pergilah ke hospital swasta. Hospital kerajaan memang murah, tapi kena faham-faham sendirilah..ramai pesakit dan lambat.
Aku pulak baru aje terima call dari HKL tadi (tengah menaip perenggan atas tu..dan dapat call). Follow up 18hb ini ditunda. Dia akan call aku semula.
Mujurlah aku tak booking hotel lagi. Perancangannya..petang ni aku nak ke balai polis untuk dapatkan permit perjalanan PKP. Alhamdulillah, diorang call maklum awal pagi. Kalau tak..naya aku.
Apapun..kepada korang yang sudi bertandang dan singgah di blog aku untuk dapatkan maklumat pasal bariatrik ni...aku ucapkan terima kasih.
Mana yang aku boleh bantu..aku bantulah. Sekadar kemampuan dengan berkongsi pengalaman. Sebab..aku dah rasa betapa peritnya.. tak jumpa yang sudi bantu walaupun untuk tanya pengalaman.(ada la sorang 2 yang sudi..itu pun bukan penjawat awam dan sorang lagi buat di swasta).
Doakan aku terus istikhomah..dan aku doakan korang yang sedang dalam usaha untuk dapatkan rawatan..semoga dipermudahkan Allah..aaminn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!