Assalamualaikum
Seperti biasa,setiap 10hari aku akan update perkembangan diri dengan catatan penurunan berat yang macam yoyo ni.
Untuk 10hari ni, agak perlahan turunnya. Mungkin aku kena ubah menu. Pun begitu, setelah lebih 20tahun, aku sekarang dah boleh kembali ke baju bersaiz 3XL.
Sebelum ni, memang baju plussize sajalah. Kadang-kadang teringin tengok baju cantik-cantik..tapi saiznya tak ada. Kalau ada pun..wajib ketat dilengan..maklumlah lengan sado.
Bagaikan mimpi rasanya dapat menyarung kembali saiz zaman anak dara.
Pun begitu..aku tak berapa puas hati dengan kadar penurunan.
Tak sampai 1kg dalam masa 10hari
Graf yang makin landai..
18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
Mungkin kena tukar menu nampaknya. Atau kurangkan potion menu. Tapi,dalam 1 hari, aku makan "berat" sekali sahaja. Makan 1 pinggan secara santai-santai..dari tengahari, petang baru habis. Makan sikit-sikit dan main-main aje.
Aku nak cerita sikit bab pembaca-pembaca yang tinggalkan nombor telefon untuk diwasap. Aku tak nak komen dan ulas seorang demi seorang. Tapi nasihat aku.. cari dan baca dulu segala entri aku diblog ni.. insya Allah persoalan korang ada jawapan.
Membaca amalan mulia. Masalahnya sekarang..baca tak nak..terus tanya. Bila aku bagi link..mana yang faham akan baca dan akan tanya berkenaan apa yang aku tulis..itu bukti diorang dah baca. Ada pulak..baca taknak..dan ulang tanya benda yang aku dah 100% cerita kat sini. Ada juga yang aku jawab..aku tengah sibuk..tapi macam tak faham keadaan aku pada waktu tu..di asak aku dengan soalan yang jawapan ada diblog ini.
Ada juga yang Alhamdulillah..boleh faham apa yang aku dah terangkan dan cerita diblog.. dan ada juga yang dah mula dapat tarikh temujanji pertama.. tahniah!!
Seronok dapat bantu orang..yang tak seronoknya.. bila aku cakap aku tengah sibuk..tapi orang pulak tak bantu aku. Semua yang tinggalkan nombor aku dah wasap. Mungkin lambat..tapi tetap wasap. Nak wasap tu aku perlukan masa..ikut giliran masing-masing, bila aku free dan bukan tempoh waktu pejabat sebab aku bekerja..walaupun giliran BDR atau WFH.. aku tak boleh nak utamakan hal peribadi pada waktu aku dibayar gaji untuk bekerja.
Tapi bila aku wasap, tolonglah respon cepat. Ini tak..ada yang esoknya baru dia nak respon..sedangkan masa tu aku tengah bekerja. Aku bukan 24jam dengan handphone..dan ada orang lain yang menunggu aku wasap dan perlukan bantuan aku juga.
Aku bukan sombong..kalau aku sombong..tak adalah aku offer pembaca tinggalkan nombor masing-masing. Tapi korang kenalah faham. Situasi dan keadaan orang lain juga.
Itu sajalah aku nak luahkan. Harap 10 hari akan datang..berat aku turun sekurang-kurangnya ke angka 96kg.. aaminn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!