Assalamualaikum.
Ok ..hari ini aku nak kongsikan mengenai TIMBANG BERAT. Masa dan ketika yang betul. Aku tahu, banyak carian di google untuk perkara ini tapi masih banyak yang timbang pada waktu yang salah.
pic credit to :https://berserkon.com/
Bagi mendapatkan timbangan yang betul, perlu ikut 5 peraturan ini, iaitu;
1. BERKALA :
- Seminggu sekali atau tetapkan waktu berkala. Contoh aku sendiri, aku tetapkan 10hari sekali.
2.WAKTU PAGI :
- Timbang di awal pagi yakni selepas bangun tidur, selepas "membuang" dan sebelum makan atau minum, sebelum melompat, berlari, berjoget dan sebagainya.
3.KONSISTEN :
- Timbang pada waktu yang sama setiap kali timbang.
- Timbang dalam keadaan diri yang sama (berpakaian atau tidak). Untuk bacaan tepat, timbanglah tanpa pakaian (berat kering). Jika berpakaian, pastikan memakai pakaian yang sama.
- Gunakan penimbang yang sama (gunakan penimbang yang berkualiti)
4. REKOD :
- Rekodkan bacaan timbangan berat supaya dapat pantau keadaan sebenar, naik atau turun. (aku gunakan aplikasi Myfitensspal untuk rekod dan simpan data timbangan)
5. LETAK SASARAN :
- Letak sasaran berat yang sesuai mengikut BMI. Berentilah terus menimbang dengan kerap selepas BMI tercapai (elakkan stress)
- Tetapkan tempoh waktu untuk menimbang. Contohnya selepas 6 bulan, jika timbangan berkala adalah seminggu sekali, maka mulakan pula dengan sebulan sekali untuk tempoh 6 bulan lagi.(jarakkan tempoh)
Ok, itu aje yang aku nak kongsikan dengan korang semua. Selamat menimbang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!