Ahad, 28 Mac 2021

MY BARIATRIC LIFE : #17 HARI KE-160

 Assalamualaikum.

Mood untuk menulis tak ada.. hari ni, genab 2 tahun pemergian abah.. menangis sehari aku hari ni.. teringat sangat.. rindu yang tak terungkap sebab aku ni anak abah.

Hari ni, hari yang ke 160 post operation. Berat yoyo naik balik sejak mula masuk ke pejabat. Mungkin sebab makan pada waktu yang tak betul. 

Naik la pulak.. hmmmmm

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg


Naik turun grafnya.. 

Tak apalah..asalkan tak cecah 100kg dan saiz menurut ke 2XL pun dah cukup.

Itu sajalah.. tak ada mood nak cerita.. rindu kat arwah abah sangat mencengkam hati...

Al-fatihah..


Khamis, 25 Mac 2021

MIZON UNTUK MARHAEN

 Assalamualaikum.


9 Mac 2020..hari pertama aku mencuba esen untuk kulit. Seumur hidup aku tak pernah mengenakan apa-apa jenis esen ke kulit muka.

Kulit muka aku rabak..punah ..hangit berjelaga berpunca dari pemakaian Wonderglow. Zaman kejahilan pada 2014 kerana terpengaruh dengan produk timbang kilo.

Lama aku rehatkan muka dari memakai skincare. Hanya menggunakan pencuci muka jenama Cosmoderm, yang hanya serasi untuk tempoh  1 tahun sahaja..dan kemudian kulit muka rabak kembali.

Selepas tu aku bertukar kepada pencuci muka Olay White Radiance. Dan sebagai tambahan vitamin untuk kulit  aku mencuba Mizon First Essence. Nak beli SKII bagai dikatalah..harga kayangan.

Dan, sekarang sudah 1 tahun aku menggunakan Mizon. Ditepuk pada kulit muka selepas mencuci muka. Alhamdulillah. Sangat serasi.

Beli banyak untuk stok setahun..Mizon ni laris macam goreng pisang di shopee..lambat beli, habis!

Harganya mampu beli. Hanya RM72 sebotol dan untuk 1 tahun, aku hanya menggunakan 2 botol sahaja. Berbaloi kan? 

Ini bukan iklan berbayar..tapi aku berkongsi sesuatu yang baik berdasarkan pengalaman. Kulit muka terasa lembut,lembap,makin cerah dan kurang berminyak. Liang pori juga makin mengecil. Aku sangat puas hati dengan produk ni.


Antara kebaikan Mizon

So, aku rekomen sangat Mizon ni. Rasa sangat happy, bila kulit muka dan badan sekata..nak pakai makeup pun lebih mudah sebab kulit dah makin cantik.


Khamis, 18 Mac 2021

MY BARIATRIC LIFE : #16 150 HARI TANPA NASI

 Assalamualaikum.

150 hari tanpa nasi! Alhamdulillah, masih istikhomah. Penurunan agak laju dari 10hari lepas gara-gara aku dikejarkan ke hospital kerana batu karang.

150 hari = 25kg

Protein dan air masih rendah

Kan best kalau graf menjunam macamni tiap minggu. 

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg

Seelaknya aku jauhi nasi. Masak hanya untuk ahli keluarga. Tipulah kalau aku kata aku tak sentuh nasi.. kalau dah masak kat keluarga, bab merasa tetap aku rasa masin masamnya. Contohnya kalau suami nak makan nasi goreng, tentunya aku merasa secubit 2 nasi yang digoreng tu..tapi untuk sendukkan dalam pinggan dan makan dengan penuh nikmat tu,memang tak lah!

Kesan kurang nutrisi sudah mula aku rasa. Paling ketara..rambut gugur. Salah sendiri sebab aku tak makan 5kali sebagaimana yang diajar dietitian. Sajian seimbang aku hanya makan 1 kali sahaja, dan snak/kudap/buah 1 kali. Kiranya 2sajian sehari.

Rambut aku gugur teruk sampai nampak kulit kepala.  Bertambah parah sebab rambut aku kerinting,gugur bergumpal-gumpal penuh disikat bila aku menyikat rambut selepas mandi. Rambut yang asalnya panjang hingga belakang, dah suami aku tolong potongkan. 

Aku ni..bab nak makan supplement memang failed. Selalu terbabas. Walhal ada je stok dirumah. Sudahnya aku beli shampo dan tonik rambut. Alhamdulillah, rambut dah kurang gugur. 

Oklah..itu aje untuk hari ni. Kisah 150hari post operation. 

Doakan moga aku terus istikhomah. 

Sabtu, 13 Mac 2021

ULANGTAHUN BLOG PENBIRU KE-10

 Assalamualaikum,

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua follower blog aku ni. Sama ada follower lama atau baru, atau yang belum follow tapi tersinggah ke blog ini dek kerana Mr.Google yang membawa korang kesini.

Pic credit to : nationwides-trailer-parts-co.uk

Hari ini dan saat ini, genablah 10tahun blog ini berada di alam maya. Jika nak diikutkan, aku dah ada beberapa blogspot sebelum itu, tapi pada zaman itu, akses internet yang agak terhad, pemuka html blogspot yang sangat renyah dan rumit..akhirnya blog tu semua entah kemana.. masih ada tapi aku sendiri dah lupa password dan emel apa yang aku guna.

Aku mulakan blog ini dengan domain biasa iaitu penbirumenulis.blogspot.com. Tapi pada 20.10.2011, selang 7bulan dari tarikh ini, aku sudah mendaftar dan melanggan domain dot com sebagai www.penbiru.com.

Blog aku bukan blog yang terlalu formal. Bahasa yang aku gunakan pun bercampur aduk bagi memudahkan interaksi dan pemahaman pembaca yang lalu. Isi kandungan blog aku ni, caca marba..macam-macam. Dari resepi, kisah travel, luahan hati, cerita sakit demam, kongsi hobi dan macam-macam lagilah.

Apapun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada AMT aka Ahli Mesyuarat Tingkap aku yang sejak sekian lama follow dan ada yang tak jemu- jemu tinggalkan komen di blog aku ni.

Terima kasih semua.


Khamis, 11 Mac 2021

SAMBAL GORENG JAWA

 Assalamualaikum

Dakam tengah berdiet ni, aku ketandusan idea nak masak apa dan nak makan apa. Dah muak juga rasanya makan ikan,ayam yang direbus, kukus dan bakar. Akhirnya, bagi memudahkan kerja untuk aku hanya masak 1 lauk tapi boleh dimakan oleh semua orang maka aku pun buatlah Sambal Goreng Jawa.

Suami aku kan orang jawa. Aku tak pernah sempat kenal dengan mentua. Kedua-duanya dah tak ada sebelum aku kenal dengan suami. Maka aku berguru dengan google.

Kalau ikutkan, bahan dalam sambal goreng ni, ada yang letak hati, paru, ada juga yang letak ayam. Tapi untuk hari ni aku letak daging dan tak ada kacang buncis atau kacang panjang sebab merata suami cari, boleh pulak tak ada.

Ini resepi aku, cara aku..kalau tak sama..jangan komplen pulak ye.

Bahan-bahan;
Segenggam daging hiris nipis
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang bawang putih
1 inci belacan
Udang segar (anggaran 15 ekor saiz besar. Boleh ganti udang saiz kecil)
1 cawan ikan bilis
Soun
Sayur fucuk
1 keping tempe
2 ketul tauhu
1 cawan isi petai
1 batang karot
Sedikit kobis hijau
15 biji cili padi
Sedikit kicap (masin/manis boleh aje)

Cara-cara;
1. Goreng tempe,tauhu dan ikan bilis hingga garing dan ketepikan
2.Goreng udang sebentar sahaja dan ketepikan
3.Gorengkan daging hingga masak dan ketepikan(masukan sedikit garam ketika menggoreng)
4. Baki minyak, tumis bawang merah, bawang putih seketika dan masukkan belacan serta sedikit air. Boleh tambah santan santan, tapi untuk kali ni, tak guna santan ye.
5.Masukkan sayur fucuk,karot dan semua bahan yang digoreng tadi, petai dan soun.
6.Akhir sekali masukkan kobis, renjis kicap (ikut suka lah nak banyak atau sikit) dan perasakan garam gula secukup rasa. Siap

Derhaka sikit resepi ni. Sebab aku tak letak santan dan kacang buncis/panjang dan juga cili merah. Apapun..Alhamdulillah..kena dengan tekak jawa suami. 

Laju dia makan dengan nasi..dan aku..makan macam tu aje..macam makan kerabu .. sedap betul lama tak makan petai.

Yang kelakarnya, esoknya aku dikejarkan ke KMC sebab sakit dalam perut sebelah kiri tiba-tiba. Rupa-rupanya sakit belakang pinggang kiri selama lebih 1 tahun yang aku alami ..petanda aku ada batu karang..mujurlah masa ambik urine test bau petai dah hilang..hahahah..kalau tak..naya ooo.




Selasa, 9 Mac 2021

AYAM MASAK JINTAN

 Assalamualaikum.

Mood nak menulis dah datang. So hari ni nak kongsikan dengan semua,resepi yang aku campak-campak..jadi! 

Punca terjadinya resepi ni sebab stok jintan manis aku dah dekat nak expired. Apalagi..mereka-reka lah aku. Mujur la boleh tahan sedap jugak.

Ayam Masak Jintan.

Bahan-bahan;
3 camca makan jintan manis
2 sudu teh jintan putih
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi
**semua bahan ni di kisar ye
1 sudu makan rempah kurma
1/2 ekor ayam
3-4 helai daun limau purut
1 kiub ayam
1 keping asam keping
Garam dan gula

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan remoah kurma sampai pecah minyak dan masukkan ayam. Gaul rata, gunakan api sederhana dan tutup kuali dalam 5 minit.
2. Masukkan kiub ayam,asam keping dan sedikit garam, kacau rata dan tutup kuali 5 minit lagi.
3. Masukkan 1 sudu kecil gula dan masak hingga ayam empuk. 
4. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan matikan api.. siap dihidangkan.

Serius sedap. Harap korang boleh cuba nanti.  Rasa menu ni, ada sedikit pedas, manis, masam dan bau aroma jintan yang sangat wangi. 

Selamat mencuba!


Isnin, 8 Mac 2021

MY BARIATRIC LIFE : #15 PERISTIWA HARI KE-140

 Assalamualaikum

Dah masuk hari ke 140 post operation. Ceritanya... sebelum aku buat bariatrik ni, aku selalu sakit pinggang belakang sebelah kiri. Kadang-kadang sampai nak bangun tak boleh. Ada 1 masa tu..sampai aku tak boleh nak pijak lantai..sakit ya amat sangat. 

Aku pun pernah dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (Hospital Lama Alor Setar). Aku cuma diberi ubat angin dan ubat sapu. 

Ok bebalik kepada cerita baru-baru ini. Isnin lepas,dengan tak semena-mena, aku rasa sakit yang teramat sangat, dalam perut sebelah kiri. Sakit yang menyucuk-nyucuk. Tak tahan sakit, aku minta suami bawa ke KMC. 

Papppp.. nah..rupa-rupanya batu karang! Saiz 6mm. Dengan pantas juga,esoknya aku pun diusung ke bilik pembedahan untuk operasi buang batu tu. Mujurlah aku ada insuran. Kos lebih kurang RM18k.

Bekas cucuk drip tu..sikit pun tak ada kesan lebam. Bagus betul staf nurse yang cucuk tu.

Seketul ni aje..sakitnya bukan main.

Akibat dari 4botol drip, makan tidur 3 hari 2 malam..mc dirumah dan aku paksa diri minum 2liter air setiap hari..makanya.. diumumkan berat aku naik balik..aduhaiiii

Betullah..yang turun selama ni,bukan berat 100%.. tapi aku kekurangan air.




18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg

Mendapatlah sakit.. memang dietitian dan doktor dah pesa, suruh minum 1.5liter sehari. Tapi aku ni jenis kurang minum..dari dulu lagi. Tak tahu nak buat macam mana. 

Bila aku telan jugak..aku rasa perut macam gendang..dan rasa nak terkeluar balik.

Aduhai..apa nak buat nih.. kena cari jalan lah nampaknya untuk minum banyak. Jangan terlalu banyak..jangan jugak kurang.

Nasib lah haih.. 






Ahad, 7 Mac 2021

KARI AYAM KURMA

 Assalamualaikum.

Lama tak berkongsi resepi. Untuk kali ni, resepi yang sangat mudah dan senang. Tak pening kepala nak fikir beli bahan. Insya Allah, sedap dimakan bersama nasi atau cicahan roti dan lempeng.

Kari Ayam Kurma.. bukan sebab letak buah kurma ye. .tapi gabungan rempahan kari dan kurma tanpa santan.


Bahan-bahan;
Setengah ekor ayam
1 pek kecil rempah kari daging
1/2 pek kecil rempah kurma
1 sudu teh serbuk kunyit
1 labu bawang besar-mayang halus
1 labu bawang besar-hiris kasar
5 ulas bawang putih-mayang
5biji cili padi
Buah pelaga,kulit kayu manis dan bunga lawang
2 sudu makan kicap manis
Garam dan perasa

Cara-cara;
1. Panaskan minyak,tumis buah pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang,bawang besar dan bawang putih yang dimayang halus hingga layu dan naik bau.
2. Masukkan ayam dan serbuk kunyit. Gaul seketika, masukkan rempah kari rempah kurma. Gaul rata, masak dengan api sederhana. Tutup kuali 5-7minit.
3.  Masukkan sedikit air jika rempah terlalu kering dan masukkan kicap manis.
4. Masukkan garam dan perasa jika suka, dan cili padi. Masak hingga ayam empuk.
5. Akhir sekali,matikan api dan masukkan bawang besar yang dimayang kasar.. siap!

Mudah saja resepi ini. Kalau tak ada kicap manis, boleh guna kicap biasa tapi mesti tambah sedikit gula. Dengan kuah cap-cap kering macamni, boleh bertambah makan nasi..tapi..aku tengah diet, hanya meratah ayam saja.. lainnya..suami aku yang habiskan.

Selamat mencuba ye. 

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...