Assalamualaikum.
9 Mac 2020..hari pertama aku mencuba esen untuk kulit. Seumur hidup aku tak pernah mengenakan apa-apa jenis esen ke kulit muka.
Kulit muka aku rabak..punah ..hangit berjelaga berpunca dari pemakaian Wonderglow. Zaman kejahilan pada 2014 kerana terpengaruh dengan produk timbang kilo.
Lama aku rehatkan muka dari memakai skincare. Hanya menggunakan pencuci muka jenama Cosmoderm, yang hanya serasi untuk tempoh 1 tahun sahaja..dan kemudian kulit muka rabak kembali.
Selepas tu aku bertukar kepada pencuci muka Olay White Radiance. Dan sebagai tambahan vitamin untuk kulit aku mencuba Mizon First Essence. Nak beli SKII bagai dikatalah..harga kayangan.
Dan, sekarang sudah 1 tahun aku menggunakan Mizon. Ditepuk pada kulit muka selepas mencuci muka. Alhamdulillah. Sangat serasi.
Harganya mampu beli. Hanya RM72 sebotol dan untuk 1 tahun, aku hanya menggunakan 2 botol sahaja. Berbaloi kan?
Ini bukan iklan berbayar..tapi aku berkongsi sesuatu yang baik berdasarkan pengalaman. Kulit muka terasa lembut,lembap,makin cerah dan kurang berminyak. Liang pori juga makin mengecil. Aku sangat puas hati dengan produk ni.
pertama kali saya dengar tentang mizon
BalasPadam