Selasa, 27 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #20 HARI KE-190

 Assalamualaikum

Hari ini..sudah masuk hari ke-15 kita berpuasa. Tapi aku dah cuti dari Jumaat lepas.. kesan dari pengambilan Duphaston.. berat turun dengan perlahan.

Kalau diikutkan,kesan pengambilan Duphaston akan menyebabkan berat badan naik, makanya aku amat risau dengan fakta tu.

Perjalanan bariatrik aku terganggu dengan masalah kesihatan wanita yang aku alami. 


Setengah kilo aje?? 



18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg

Aku lebih risaukan berat naik..tapi mujurlah turun juga sikit. Aku kena habiskan Duphaston selama 6 minggu.  Harapnya..10hari akan datang, berat boleh turun sampai 93kg. 

Genab jugalah 190 hari tanpa nasi. Doalan aku terus istikhomah.

Selamat berpuasa.

Isnin, 26 April 2021

RESEPI DAGING HITAM BEREMPAH

 Assalamuakaikum.

Sementara tunggu waktu berbuka, aku nak kongsikan resepi Daging Hitam Berempah cara aku. Biasanya kalau nak makan daging hitam, mesti tunggu time kenduri kahwin.. atau masuk je ke restoren Nasi Kandar.

Kalau nak buat, tak susah pun. Jom ikut cara aku.



Bahan-bahan;
1kg daging (potong segi dan nipis)
1pek kecil rempah kurma
1/2pek kecil rempah kari daging
1/2cawan cili kering kisar
1/2cawan kicap manis
5ulas bawang putih-mayang
5ulas bawang merah-mayang
1labu bawang holland-potong kasar
2batang serai-diketuk
Bunga lawang,kulit kayu manis dan buah pelaga


Cara-cara;

1.Perapkan daging dengan kicap manis dan ketepikan.

2.Panaskan minyak,tumis bawang putih dan merah, bunga lawang,buah pelaga, kulit kayu manis dan serai, kacau hingga layu dan naik bau.

3.Masukkan rempah kari daging,rempah kurma dan sedikit air..tumis lagi hingga pecah minyak.

4.Masukkan cili kering kisar, dan kacau hingga pecah minyak.(boleh guna serbuk cili sebagai ganti)

5.Masukkan daging, kacau hingga kering air. Tambahkan sedikit air, renihkan kembali hingga kuah pekat atau hingga daging empuk. Sebagai optinal, boleh tambahkan kicap pekat jika suka.

6.Akhir sekali masukkan bawang holland, kacau rata hingga bawang layu. Sedia dihidang.

Tak perlu tambah garam atau apa-apa bahan perasa kerana kicap manis sudah cukup untuk menyedapkan masakan. 

Ok..selamat mencuba!

Ahad, 25 April 2021

SIPUT RETAK SERIBU MASAK LEMAK CILI PADI

 Assalamualaikum.

Sunyi pulak blog sementara nak update perjalanan bariatrik aku. Sempena Ramadhan yang mulia ni, aku nak.berkongsi resepi menu harian aku dengan semua.

Menu yang bakal aku kongsikan di sini, adalah untuk santapan suami aku aje lah.. aku masih lagi istikhomah tanpa nasi hanya makan lauk dan sayuran.

Untuk hari ini aku nak kongsikan menu ringkas dan cara aku memasak paling mudah.

Siput Retak Seribu Masak Lemak Cili Padi


 
Bahan-bahan;
1kg siput retak seribu
15 biji cili padi**
3 ulas bawang putih**
2 ulas bawang merah**
1inci kunyit hidup**/atau 1 camca teh serbuk kunyit
** ditumbuk 
1kotak santan 250ml
2helai daun kunyit
2keping asam keping
1batang serai dititik

Cara-cara;
Panaskan 500ml air dalam kuali, masukkan serai dan bahan-bahan yang ditumbuk. Biarkan didih, masukkan asam keping. Masukkan siput dan santan. Perasakan dan masukkan daun kunyit yang dimayang halus. Siap dihidang

Cara aku masak tak sama dengan orang lain. Aku didihkan air sebab siput ni akan hilang manis dan kecut kalau dimasak terlalu lama. Korang boleh cuba cara aku ni. Senang dan cepat. 

Selamat berbuka puasa.


Sabtu, 17 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #19 PENGALAMAN BERPUASA KALI PERTAMA

 Assalamualaikum

180 hari telah berlalu. Alhamdulillah walaupun ada rintangan, tetap terus kuatkan semangat untuk ditempuh.

Hari ini telah masuk hari ke-5 kita semua berpuasa. Inilah puasa yang paling mencabar dalam hidup aku. Mana tidaknya, sebelum-sebelum ini pun aku memang kurang makan dan minum. Tapi selepas bariatrik, aku kerapkan makan dalam jumlah yang sedikit. Kiranya mulut tak henti mengunyah. 1 hidangan aku ambil masa 1jam lebih untuk habiskan. Minum sedikit-sedikit.

Tapi bila puasa.. terasa ruginya aku tak minum banyak-banyak seperti sebelum puasa. Lapar tu tak berapa sangat, tapi lebih kepada dahaga. Mungkin effect ubat duphaston yang aku kena makan untuk tempoh 6 minggu. Puncanya, endometriosis aku kembali. Aku tak pernah cerita disini pasal penyakit puan yang aku alami..insya Allah, bila ada kelapangan waktu, akan aku kongsikan..dan tegasnya aku nyatakan di sini, endometriosis ni tak ada kena mengena dengan bariatrik. 

Jom tengok progress penurunan berat aku.

Alhamdulillah.. separuh dari target dah aku capai

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg


Berat aku sudah cecah 94kg.

Mungkin sebab berpuasa,maka penurunan lebih cepat.  Di sini aku nak kongsikan gambar terkini (bulan lepas sebenarnya) sebagai inspirasi bersama.

Berita bestnya, aku dah muat pakai baju zaman kolej dulu.. tapi butangnya masih nampak tegang. Tunggu 2 bulan lagi..insya Allah aku akan bergambar dengan baju tu. 

Baru-baru ni, ada seorang komentar yang datang bertandang dan meninggalkan komen di blog aku. Rasanya komentar ni kenal aku sebab dipanggilnya aku dengan gelaran di pejabat.

Aku tak tahu siapa dia sebab hanya pengenalan Unknown sahaja yang digunakan. Cuma 1 perkara aku nak ingatkan di sini kalau dia baca entri hari ini. Aku tak pernah paksa sesiapa untuk buat bariatrik. Aku hanya berkongsi kisah aku sahaja. Jika ada yang bertanya, kalau aku lapang, aku jawab. Jika tidak cukuplah dengan membaca semua info-info yang aku catatkan di sini sejak 2019. Tak perlulah kau nak kondem semangat orang dengan mengatakan "setelah kau baca entri aku, kau tak jadi buat baria".. ehh..bila masa aku suruh atau paksa kau ehh?? 

Pelik betul aku dengan manusia macam ni. Kalau ye, kau rasa bulan puasa ni kau nak usaha kurangkan berat kau..silakan. Dan kalau kau rasa kau tak berat mana, tak payah nak pikir pasal buat baria. Kau ingat doktor tu senang-senang nak kerat perut kau. 4 test tau kau nak kena buat untuk buktikan kau layak ke tidak.

Macamnilah.. kalau kau rasa nak diet, terpulang kat kau. Kalau kau rasa tak nak baria..pun gasak kaulah, tak ada sape nak paksa.  Tapi jangan tinggal komen yang kalau orang lain yang tengah semangat nak buat baria rasa patah semangat. Siapa pun kau.. aku tak rasa kau patut rosakkan semangat orang lain. 

Mujurlah blog ni aku tapis dulu semua ulasan. Ok..nampaknya itu sajalah yang aku nak coretkan hari ini. Oh ya..lupa pulak, hari ini aku timbang lewat dari biasa sebab lepas bangun sahur tadi..aku lupa nak timbang. So,aku biarkan semua makanan hadam dulu,baru aku timbang.

Kepada yang masih semangat..teruskan semangat korang. Tendang dan terajang jauh-jauh anasir yang langsung tak membantu tu. 

Salam Ramadhan.


Rabu, 7 April 2021

MY BARIATRIC LIFE : #18 DINGDONG 170 HARI

 Assalamualaikum..


Aduhai..agak stress dengan berat dingdong ni. Naik turun jadinya. Makan minum seperti biasa. Tak tahu apa yang tak kena.

Itu je dia pergi..97..98..nasib baik..turun 96kg.

Benci pulak tengok graf ni. 

18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg

Mujur jugak saiz makin mengecut..cumanya geram tengok penimbang tu. Sepatutnya..aku jangka dalam tempoh 6bulan, berat boleh turun hingga 27-28kg. Tapi masih tersangkut di 25kg. Liat betul la haih..

Seorang BariatricQueen advise aku untuk mulakan balik liquid diet. Insya Allah, aku nak on balik liquid diet bulan puasa nanti.

Sebagai permulaan, aku nak beli Optifast Coffee sebab kalau Optifast Strawberry, aku rasa muak..nak muntah pun ada. Harapnya dapat membantu.

Ok ..itu aje untuk harini.. 


Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...