Khamis, 20 Mei 2021

BARIATRIC BUKAN JALAN PINTAS!!!

 Assalamualaikum

Setelah 7 bulan berlalu, hidup sebagai pejuang bariatrik, hari ini aku nak luahkan sedikit apa yang terbuku dihati.

Telinga ini kadang-kadang terasa panas bila membaca komen atau terdengar komen dari manusia dengki bila tahu orang lain kurus dan sebab kurus adalah kerana pembedahan.

Hello.. meh sini aku nak ceritakan. Pembedahan ni hanyalah 1 alat sahaja.. alat untuk membantu kuruskan badan. Kalau diri sendiri tiada dispilin, tak ada azam dan jazam yang kuat, jangan mimpilah kau nak kurus.

Aku nak bagi beberapa contoh di sini. 

Pelakon Syanie, menjalani pembedahan sekitar tahun 2000. Adakah dia kini langsing seperti Erra Fazira?? 

Angah, buat bariatrik pada tahun 2019.. sudah hampir 2 tahun.. adakah dia kurus macam model majalah?

Vicha, 3tahun usia bariatrik..sudah turun seketika namun gemuk kembali tahun lalu dan kini sedang consume 1 produk kesihatan dan hanya berjaya kekalkan berat 97kg. Adakah dia benar-benar kurus?

Ini adalah contoh dikalangan selebriti. Ya.. ketiga-tiga mereka memang turun berat badan masing-masing, tapi sudahkah capai BMI yang sepatutnya? Jika tidak, inikah jawapan kepada persoalan adakah pembedahan bariatrik jaminan kepada kurus.

Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Seperti yang aku katakan tadi, pembedahan hanya alat. Jika alat sudah ada ditangan..dan kalau digunakan dengan betul, insya Allah nampak hasilnya. Tapi jika alat ada depan mata tapi kau abaikan alat tu..jangan mimpilah kau nak dapat hasil macam orang lain dapat.

Selepas pembedahan, menu diet, cara makan, potion makanan berubah dan kita mesti ikut semua itu. Mesti ada pantang terhadap makanan tertentu. Boleh makan tapi ada had. Jangan sedap je, kau bedal tak ingat dunia. Dah tu bila tak kurus, kau nak salahkan orang. 

Dan bagi yang dah usaha,disiplin, jaga pantang dan menu, dan akhirnya kurus, pastinya akan rasa sakit hati bila ada mulut-mulut puaka yang menyindir.. "alaaa kurus sebab operate".. amboi.. kau tau ke, siksa tak siksa kami yang berjaya turunkan berat ni berpantang, berdiet, bersenam dan macam-macam yang kami buat selepas pembedahan?

Terus-terang aku nyatakan disini, aku tak ceritakan kepada sesiapa pun (kawan-kawan, jiran tetangga, kenalan di FB atau IG) yang aku dah jalani pembedahan ni. Aku akui..ada beberapa kenalan dan kawan-kawan yang mesej aku, tanya macam mana aku turunkan berat. Tapi aku malas nak cerita. Sebab aku tau, yang nak mengumpat lagi ramai dari yang nak menyokong. Aku lebih senang katakan yang aku diet protein dan tak makan nasi sebab itupun adalah fakta yang sebenar. 7 bulan aku tak ambil pinggan, senduk nasi dan lauk dan kemudian suap kemulut!

Aku lebih terbuka untuk cerita di blog ini sebab tak ramai follower yang kenal aku secara peribadi. Aku lebih suka berkongsi info kepada orang yang aku tak kenali. Dan kalau ada kawan-kawan aku yang terbaca catatan diblog ni.. korang faham-faham sendirilah ya kenapa aku malas nak cerita. 

Biasanya,bila kita cerita A, yang mendengar tadi akan sampaikan kat orang lain sampai jadi B...dan kemudian disampaikan kat orang lain hingga jadi C..dan akhirnya boleh jadi sampai Z! Perkara ni aku dah lalui dulu..cerita peribadi aku,yang aku kongsikan dengan seorang, akhirnya merebak sampaikan orang yang aku tak kenal pun boleh tahu kisah aku. Mulai hari itu, aku dah tak percayakan kawan-kawan aku yang kebanyakkan depan manis,belakang mengutuk. 

Ok..itu sajalah yang aku nak kongsikan. Sekali lagi aku nak ulang, pembedahan bariatrik bukan jalan pintas untuk kurus, semuanya bergantung kepada azam,usaha dan disiplin diri sendiri. 

Selamat berjuang kepada semua bakal bariatrian!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...