Assalamualaikum
Genab 200 hari selesai operation.. tak tau nak komen macam mana. Penurunan agak terganggu kerana Duphaston yang aku terpaksa makan untuk 6 minggu, punca sentiasa teringin sesuatu yang manis.
Mujur tak naik berat..cumanya agak perlahan untuk turun..ketegag sungguh kata orang Kedah.
Makin melandai aje..
Total loss 28kg.
18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
Tersangkut di skala 94! Aduhai. Mungkin yang tinggal tu adalah lelemak degil sebabnya paha,perut dan lengan aku menggelebeh. Dan sebagai solusi,aku gunakan krim pemanas setiap malam.
Apapun..genablah 200hari aku tanpa nasi. Janji pada diri ..tunggulah berat capai 90kg,baru aku nak bersantap sepinggan nasi lengkap berlauk dan bersayur. Buat masa sekarang,lupakan dahulu.
Bulan puasa ni tak membantu sangat untuk aku turunkan berat sebabnya masalah endo aku tu.. period 15hari sebanjir-banjirnya. Jenuh la nak qado nanti.
Tak lama lagi dah nak raya.. tapi kerana PKP disesetengah kawasan..semuanya jadi gambar. Aku tengah memikir sekarang, macam mana nak balik kampung. Kampung aku bukan kawasan PKP, rumah aku sekarang pun bukan kawaaan PKP.. masalah sekarang, nak balik ke kampung kena lalu kawasan yang PKP.. adui..stresssss.. kesian mak aku..beraya sorang tahun ni.. kakak aku kerja pulak raya ni..
Apa nak buat..buntu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!