Isnin, 28 Jun 2021

GAJET DAPUR : BREAD MAKER WITH ICE CREAM MAKER

 Assalamualaikum.

Memperkenalkan 1 lagi gajet aka chef terbaru aku yang aku beli setelah pelbagai pertimbangan diambil kira. 


Bread Maker jenama Aspen daripada Cosway

Banyak jenama bread maker (BM) lain dipasaran, tapi yang ada fungsi ais krim hanya 2 jenis sahaja iaitu Cosway Aspen dan Mugen. Selain dari ni, hanya berfungsi sebagai BM sahaja.

BM Cosway Aspen ni juga ada fungsi meat floss(serunding), dodol, jem, doh biasa, kek, bubur, nasi dan pelbagai jenis roti. 

Walaupun harganya agak mahal berbanding jenama lain, namun aku berpuas hati dengan Cosway Aspen ni. 

Ini roti pertama yang aku berjaya buat seumur hidup ni.. roti susu

Aku tak ada bakat langsung dalam meroti, menguli doh, buat kek dan biskut. Sebab itu perlunya BM ini sebagai gajet teman di dapur. 

Aku yakin dengan jenama Cosway Aspen berbanding Mugen,sebab Cosway dah lama bertapak di Malaysia.  Aku juga pernah beli sebuah mesin mengisar untuk mak aku dikampung. Masih berfungsi dengn baik walaupun dah berusia hampir 19tahun.

Harga standart bagi Cosway Aspen adalah sekitar RM500 keatas, tapi aku berjaya jumpa yang jual dengan harga RM496!. Tapi selepas aku beli, harga dah naik ke RM502. Pada aku masih dikira murah sebab preffered seller.

Korang yang berminat,bolehla cari di Shopee. Maaf aku tak kongsikan link seller sebab aku tak nak buat promosi percuma untuk sesiapa.  

Banyak jenama lain yang murah, harga sekitar RM150 dan ke atas. Pilihan di tangan masing-masing. Fungsi meroti tetap sama, cuma aku nakkan kelainan iaitu fungsi ais krim. Itu cukup menarik pada aku.

Ok. Itu aje aku nak kongsikan dengan korang. Lepas ni aku nak cuba roti dengan bahan yang aku boleh makan(selain gandum) dan bahan-bahan yang lebih sihat sesuai dengan diet. 

Jumpa lagi nanti..

Adeusss!!






Sabtu, 26 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #27 SELEPAS 260 HARI

 Assalamualaikum.

Dah masuk hari yang ke-260 hari. Alhamdulilillah, aku masih lagi istikhomah menjaga pemakanan harian.

35kg untuk tempoh 260 hari. Jika nak diikutkan agak perlahan kalau nak bandingkan dengan orang lain. Mungkin sebab cara diet yang berbeza.

Timbang ulang-ulang..inilah angkanya .. 87.42kg



18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg
16.06.2021 ➡️ 88.5kg
26.06.2021 ➡️ 87.4kg


Inilah jumlah penurunan yang aku rekodkan. Simpan di sini sebagai pembakar semangat untuk diri sendiri. Harapnya, aku berjaya capai 40kg (berat 80kg) sebelum 19.10.2021 ni, iaitu genab 1 tahun.

Doakan aku terus istikhomah dan berjaya. 


Ahad, 20 Jun 2021

GAJET DAPUR : EGG STEAMER

 Assalamualaikum

Kali ni aku nak kongsikan 1 lagi gajet dapur. Tapi untuk kali ni, aku beli dan hadiahkan kat suami sempena hari lahir dia yang dah lama lepas.

Punca aku beli dan hadiahkan kat dia sebab suami aku akan bersarapan 2 biji telur separuh masak setiap pagi. Habis kuali dan periuk aku berjelaga, punyalah besar api dia buka, macam nak rebus gajah.

Egg Steamer jenama Khind

Egg steamer atau pengukus telur jenama Khind ni boleh mengukus sehingga 7 biji telur. Ada pelbagai jenis pengukus telur dipasaran, Shopee atau Lazada dan kebanyakkannya brand China. Ada yang 2-3 tingkat. Tapi bila brand China, perlu diingat, tiada pengesahan SIRIM. Jangan nanti kau nak kukus telur, terus kena karan kau pulak yang rentung kejung. Bahaya ok.

Seperti biasalah, kalau nak beli barang elektrik terutama peralatan rumah aku akan beli yang berjenama. Dan survey yang aku dapati..hanya Khind dan Milux sahaja yang dikenali jenamanya.. dan aku memilih Khind.

Inilah harga yang aku dapat, dari Mall Seller dengan harga yang paling murah. Tebus pulak Shopee Coin, lagilah murah

Kerja mengukus telur sangat mudah. Hanya ikut panduan yang terdapat pada penutup steamer. Masukkan air mengikut sukatan yang diberikan, jangan risau, penyukat juga ada disertakan, tekan on suis dan apabila air sudah kering, suis akan auto-off.

Untuk telur 3suku masak, hanya perlukan 20ml air, 5minit sahaja.. 

Alhamdulillah..selamatlah kuali dan periuk aku dari jelaga.. kurang 1 kerja nak menyental. So,aku rekomen sangat gajet ni bagi memudahkan tugas korang dirumah. Selamat mencuba!




Khamis, 17 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #26 SUDAH 250 HARI

 Assalamualaikum..

Nak tulis dan publish 16hb..dah buka ruangan catatan..ntah macam mana dan apa benda yang buat aku betul-betul terlupa. Maka terlajak hari untuk berkongsi.

Sudah 250hari berlalu.. tanpa nasi juga. Sedaya upaya aku jauhi nasi..nasi tak salah..aku yang salah..sebab aku boleh lupa saiz perut kalau makan nasi.

Dingdong dingdong.. 88.5kg. 


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg
16.06.2021 ➡️ 88.5kg


Sudah kurang 33.9kg.. Alhamdulillah.

Sebenarnya aku nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Baru-baru ni aku dihubungi salah seorang pembaca blog. Tak sangka dia struggle jugak nak cari aku. Semua entri aku bermula dari perjalanan bariatrik aku dia dah khatam.




Alhamdulillah..tak sangka ada yang berminat dengan penulisan aku. Dan yang paling penting, aku bersyukur apa yang aku nak sampaikan.. sampai kepada mereka-mereka yang memerlukan. 

Semoga ini dapat menjadi sebagai satu amal jariah dari aku untuk membantu orang-orang yang memerlukan..tak semestinya kita perlu berduit untuk membantu orang..dengan berkongsi pengalaman pun boleh juga membantu orang.. sebabnya aku pernah berada di 1 masa yang mana aku terkapai-kapai dalam mencari info tentang bariatrik. Tak ada sumber rujukan, tak jumpa yang sudi membantu.

Apapun..terima kasih kepada yang sudi bertandang ke blog aku yang tak seberapa ni. Semoga perkongsian aku dapat memberi manafaat kepada korang yang memerlukan.


Isnin, 7 Jun 2021

MY BARIATRIC LIFE : #25 STATIK 90KG

 Assalamualaikum.

Nampak gaya nak kena mula puasa balik. Semalam cukup 240 hari post operation..tapi tak sempat nak update blog sebab aku kerja. Baik rumah dah letih..so malas.

25 Mei lepas aku ada TCA dengan O&G di HSB. Ubat hormon Duphaston dah ditukar ke yang lebih kuat iaitu Provera 80mg sehari. Ubat ni memang terkenal dengan side  effect yang menentang arus bagi orang yang turunkan berat. Demi zuriat..aku tawakal.

Kesannya, berat tak turun..tapi naik. Ada hari naik 500g..ada hari turun. Cuma yang aku harapkan, jangan melampau sangat.


18.10.2020 ➡️ 122.4kg
29.10.2020 ➡️ 114.9kg
08.11.2020 ➡️ 110.9kg
18.11.2020 ➡️ 112.7kg
28.11.2020 ➡️ 112.3kg
08.12.2020 ➡️ 109.9kg
18.12.2020 ➡️ 108.2kg
28.12.2020 ➡️ 107.0kg
07.01.2021 ➡️ 105.4kg
17.01.2021 ➡️ 104.1kg
27.01.2021 ➡️ 102.1kg
06.02.2021 ➡️ 101.5kg
16.02.2021 ➡️ 99.8kg
26.02.2021 ➡️ 98.9kg
08.03.2021 ➡️ 99.7kg
18.03.2021 ➡️ 97.2kg
28.03.2021 ➡️ 98.1kg
07.04.2021 ➡️ 97.5kg
17.04.2021 ➡️ 94.9kg
27.04.2021 ➡️ 94.5kg
07.05.2021 ➡️ 94.1kg
17.05.2021 ➡️ 91.8kg
27.05.2021 ➡️ 89.9kg
06.06.2021 ➡️ 90.0kg


Untuk kali ni..memang statik lah 90kg. Nak kejar 80kg macam jauh sangat. Ikutkan hati aku nak puasa. Tapi bila puasa, aku jadi letih sangat. Tak bermaya dan tak bertenanga walaupun dah makam sahur. Masuk je pukul 12 tengahari,aku dah makan kangkung layu. 

Inch loss memang ketara.Alhamdulillah..apapun, terus istikhomah.

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...