Assalamualaikum.
Nampak gaya nak kena mula puasa balik. Semalam cukup 240 hari post operation..tapi tak sempat nak update blog sebab aku kerja. Baik rumah dah letih..so malas.
25 Mei lepas aku ada TCA dengan O&G di HSB. Ubat hormon Duphaston dah ditukar ke yang lebih kuat iaitu Provera 80mg sehari. Ubat ni memang terkenal dengan side effect yang menentang arus bagi orang yang turunkan berat. Demi zuriat..aku tawakal.
Kesannya, berat tak turun..tapi naik. Ada hari naik 500g..ada hari turun. Cuma yang aku harapkan, jangan melampau sangat.
Untuk kali ni..memang statik lah 90kg. Nak kejar 80kg macam jauh sangat. Ikutkan hati aku nak puasa. Tapi bila puasa, aku jadi letih sangat. Tak bermaya dan tak bertenanga walaupun dah makam sahur. Masuk je pukul 12 tengahari,aku dah makan kangkung layu.
Inch loss memang ketara.Alhamdulillah..apapun, terus istikhomah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
HATERS ARE NOT WELCOMED!!!