Jumaat, 5 November 2021

MY BARIATRIC LIFE : #28 ULANGTAHUN BARIATRIK YANG PERTAMA

 Assalamualaikum

Maafkan aku kerana dah lama tak update perjalanan hidup sebagai pejuang bariatrik. Kepada yang setia mengikut catatan diblog ini.. inilah adalah entri terakhir perjuangan 1 tahun selepas pembedahan.

18.10.2020 adalah tarikh aku mendaftar masuk ke wad dan tarikh terakhir aku menjamah nasi. Dan 19.10.2020 adalah tarikh keramat yang mengubah hidup aku..tarikh aku dibedah.

Sepanjang perjalanan 1 tahun ..tidak mengharap keajaiban pembedahan sahaja,tapi aku berusaha menjaga makan, setahun juga aku tidak menikmati hidangan nasi. Tipu kalau aku kata aku tak sentuh nasi sebab aku masih memasak untuk suami dan akan merasa tawar masin sekiranya masak nasi yang berperisa seperti nasi lemak dan beriyani. Tapi untuk menyenduk nasi kedalam pinggan dan lauk keliling, aku masih istikhomah untuk tidak melakukannya sehinggalah aku mencapai berat 80kg. 

Berat ada masa naik dan turun. Dek kekangan masa sibuk dengan urusan kerja yang kononnya BDR (Bekerja Dari Rumah) sebenarnya lagi siksa dari hadir ke pejabat, emosi terganggu bila bab kerja pun diheret sampai ke malam. Aku benci dengan situasi ini.


Akhirnya, genab 6bulan selepas pembedahan,berat aku mula plateau atau dalam kata lain,statik. Kadang-kadang 87kg.. adakala 88kg.. dan begitulah sehingga hari ini.


Apapun aku bersyukur bila aku mampu menyarung kembali baju ketika zaman aku anak dara 27tahun yang lalu. 

Aku tak harap kurus persis model,niat asal kurus untuk mudahkan aku hadapi rawatan kesuburan sekaligus menjalani prosedur IVF.

Dan  untuk itu Allah telah menjawab doa aku 2 tahun yang lalu. Aku sekarang sedang menjalani rawatan IVF dan insya Allah jika ada kelapangan waktu, aku akan kongsikan disini. Doakan aku terus istikhomah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.. aaminn..




 

2 ulasan:

  1. teringin nak buat , dah cuba diet dan exercise , seksanya rasa xkurus2 juga turun 3 kg naik 3kg balik..mcm tu laa xsudah... usia perkahwinan dah 5 tahun , xpregnant lg. inc ada PCOS. doakan saya dipermudahakan segalaurusan, paling penitng untuk turun kan berat ni, sebab badan asyik sakit2 je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba sis.kalau tungguh hosp gov memang lambat dan agak leceh. Boleh buat di swasta anggaran dlm RM20-RM30K ikut jenis pembedahan.good luck ya

      Padam

HATERS ARE NOT WELCOMED!!!

Jom Tengok Cerite Lain Pulok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...